Monday, 7 October 2013

Musim Kahwin

Good Evening...

Musim Kahwin! Hahh tengah musim la sekarang ni. Senang cite, sepanjang tahun adalah musim kahwin hahhaa. Ramai pulak yang nak kahwin waktu-waktu terdekat ni. Kiranya.. Banyak saing lah. Nati dapat baby pun secara beramai-ramai. Hahaa oppsss..

Okay jom start pada bulan 6 lepas. Cuna, kawan sekelas masa sekolah menengah dah pun sah jadi isteri. Tak lama lagi bakal melahirkan Cuna Junior. Alhamdulillah.. Rezeki datang awal. Then, sorang lagi kawan, Syakila pun ikut jejak. Suaminya dengan orang kampung sebelah aku je. Bulan 7 takdak sapa kahwin sebab puasa Ramadhan hihihi. Seminggu raya, mak ayah dan rombongan pegi hantar Apis nikah di Sarawak. Dapat orang Sibu, comey gitu. Alhamdulillah Apis kahwin dulu walaupun aku yang tunang dulu! It's OK, my turn will be coming. Pada tarikh yang sama, kawan seuniversiti, Ema akhirnya mengikat tali pertunangan. Pasangannya dengan orang dekat juga. Maybe ikat setahun kot. Masa praktikal nati kahwin yeayy.. Haaa 25 Ogos, kenduri kahwin Yan dengan Ayip. Yes... Berjodoh akhirnya. Lama bercinta ni, since F4 lagi kalau tak silap. Tapi aku tak dapat pegi majlis Yan sebab sibuk berkursus kahwin dengan encik tunang di Putrajaya. Tapi kenduri Ayip aku pegi kan Yip kann.. Yang menariknya majlis sambut menantu Ayip sama hari dengan wedding Zai di Serdang. Oh ye. Emi, sepupu sebaya aku bertunang pula pada 1 September. Dan tunang Emi duduk kat depan rumah Emi je. Hahha pegi menghantar belanja cuma jalan kaki. Easy! Tahniah Emi sebab dapat orang dekat hihihi. Sehari sebelum Malaysia Day, kenduri sambut menantu Apis. Cantik baju diorang! Aku memang teringin nak pakai songket tapi.... Takde harapan kot! Seterusnya, 27 September berlangsungnya akad nikah CT dan Syamsul Arif. Tahniah! Pasangan ni pun bermula dari sekolah menengah juga. Sape sangka CT yang ganas ni kahwin awal. Tu lah.. Dah nama pun jodoh. Alhamdulillah CT dapat pasangan yang serasi dengan dia. 

Ok tu cerita mereka yang dah selamat diijabkabulkan dan bertunang. Seterusnya ni, cerita orang yang bakal mengakhiri zaman bujang dan bakal bergelar tunangan.



Kakak Apis, Nadia bakal bertunang pada 13 Oktober depan. Pasangannya bukan dengan orang Sabah la, tapi hanya berkhidmat di Sabah sebagai guru. Berasal dari utara Selangor (tak ingat daerah mana). Hohhoo baru je nak lap peluh kenduri Apis lepas. Ni kenduri kakaknya pulak. Tak pe lah.. Orang kata lagi cepat lagi baik. Then, sorang lagi nak tunang. Rasanya pada tarikh yang sama dengan tarikh Nadia. Zafeera dengan Farizee! Hahhaa ni pun kawan masa sama-sama sekolah menengah. Bila masa bercinta pun tak tahu! 17 Oktober pula, Faizah, juga kawan sekolah menengah ambik turn untuk kahwin dengan Rohaizat, budak satu sekolah juga. Hihihi tak sangka! Maybe perkenalan lepas tamat persekolahan kot. Tahu-tahu je dah nak kahwin. Resepsi diorang akan diadakan pada 3 November, sama tarikh dengan resepsi kahwin Arip dan CT di Mantin. Boleh ke nak datang dua-dua majlis ni? Haihhh sangat sweet, kawan-kawan semua berjodoh dengan kawan masa kat sekolah juga. Orang kata, cinta monyet yang membawa ke jinjang pelamin. Alhamdulillah. Aku je yang tersasar jauh ni. Haaaa diumumkan lepas Faizah, aku la a.k.a Norzaini pula yang bakal menamatkan zaman bujang. Pasanganku dengan orang Kelate. Bukan satu sekolah, tapi penah satu tempat keja. Alhamdulillah bakal jodohku dengan orang lebih berusia. Majlis persandingan pada 2 November seterusnya disusuli dengan majlis sambut menantu pada 17 November di Pasir Mas. OK. Majlis CT dan Arip seterusnya pada 5 November di Dewan Hj Mad Silin. Haihh 3 kali kau jadi pengantin baru. Rezeki korang.. Tah-tah bunting pelamin!

Hmmm bulan 12 tak pasti sape pula yang ikut jejak. Yang pasti... 4 Januari tahun depan kita akan menyaksikan perkahwinan sepupu aku pula, Liyana dan Fitri. Lama gak diorang ni tunang, dalam setahun setengah gitu. Ingatkan diorang ni yang kahwin dulu.. Tapi Alhamdulillah aku berjodoh dulu. Yeayyy nati datang kenduri Liyana dengan encik suami pula. Sweet :) Pada 25 Januari.. Eli, kawan sekolah menengah akan disunting! Pasangannya dengan orang Johor jowo okay haha. Kita nantikan pertunangan eksklusif ni! (grand agaknya, high demand). Sepupu aku, Emi dan Nadia yang bertunang tahun ni InshaAllah akan melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun depan. Dengar-dengar Nadia dulu pastu Emi. Yang pasti, pada bulan 6 tahun depan. Kita nantikannnn.


That's all. Ramaikan yang nak dirikan mesejid. Alhamdulillah.. Benda baik buat apa nak tunggu lama-lama. Ada lagi tak yang aku tak sebut? Maaf la ye pada yang di luar pengetahuan aku ni. Kita nantikan wedding diorang semua. Dan yang lebih penting wedding sendiri la.. Wedding Eni dan Tg Zam :)

Salam sayang.

Sunday, 6 October 2013

Things That Almost Done

Bertemu kembali..

Penatnyaaaa. Tapi kena mulakan minggu yang baru dengan semangat yang baru. So, last week dah siap beberapa perkara penting untuk wedding. Yeay... Semuanya berjalan lancar. Terima kasih Allah kerana mempermudahkan setiap urusan hambaMu.

1) Borang Nikah
Borang nikah dah selamat submitted kat tok imam. So, lepas ni tok imam akan hantar terus ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat di B.B. Bangi. Tak terlalu awal dan tak terlalu lewat. Sedang molek! Untuk borang abang (borang kebenaran berkahwin lelaki), abang dah dapatkan awal bulan 9 lepas. Awal kan! Means 2 bulan sebelum nikah abang dah selesaikan. Tahniah YM Tengku.. Walaupun abang sibuk, abang dah dahulukan benda wajib ni. Seterusnya, tindakan pihak perempuan pula. I la pulak kena dapatkan borang kebenaran berkahwin perempuan. Bila dah complete dua-dua, akad nikah boleh la dijalankan :) 

2) Mak ayah edar kad kahwin
Mak dgn ayah dah mulakan operasi mereka hihihi.. Operasi mengedar kad jemputan kahwin Eni bermula 29 September lepas. Hahaa sibuk sangat depa semenjak dua menjak ni. Ke sana ke situ melayang kad. Kata mak, dia pi melayang kad pada sedara/kenalan yang jauh-jauh dulu dan around 2@3 weeks before nati baru pas pada orang-orang terdekat. Gigih mak dan ayah. Thanks and love u both! Walaupun mak sibuk uruskan empat budak2 kecik kat rumah tu, tapi mak boleh aturkan masa untuk pegi layang kad juga. I'm sooo proud of u! 

3) Tudung nikah booked tapi tudung sanding belum!
Yeayy.. eksaited sangat nak pakai tudung tu untuk nikah nati! Shawl Dahlia dari Elya Shazleen. Penat aihh pusing satu Bangi nak cari kedai ES. Lastly jumpa pun, then jumpa pula tudung tu.. Terus jatuh cinta! Nati tengok ye I pakai masa nikah. Tudung tu nextweek baru boleh siap sebab kena custom yang baru dulu. Tudung sanding.. maybe amik design yang lebih kurang je kot. Tapi nak bincey dengey tok laki dulu hahaaa.

So, this week masih belum jumpa encik tunang lagi untuk siapkan keja-keja kahwin. Maksudnyaaa.. Sebulan dah tak jumpa dan dapat terima call cuma 5 kali :( Abang kata sebelum raya haji abang balik. So maybe this weekend. I will wait for youuu. I miss you okay.

Salam sayang.

Thursday, 3 October 2013

Learn to know you better

Salamat Sajahtara Sakalian..

Katamuk Lagi. Haihhh kita bersua semula. Maaf, post yang lepas kalut nak menghabiskan ayat-ayat terakhir sebab dah mengantuk gila. Maaf ye.. So untuk kali ni kita sambung lagi ok. Jom kita cite-cite sikit.

Kata orang, sepanjang tempoh bertunang tu banyak dugaan yang datang. Betul ke? Dugaan yang macam mana? Sejauh mana dugaan tu bagi kesan pada hubungan? Macam mana nak harungi dugaan tu? Okaylah aku nak cite pengalaman sendiri yang mungkin agak berbeza dengan dugaan bertunang orang lain.



Dah berapa bulan ye? Hampir tujuh bulan aku bertunang. Alhamdulillah dalam tempoh bertunang ni takde perkara buruk yang berlaku dalam hubungan kami. Malah kami semakin mengenali karakter masing-masing. Hah! Tiada lagi rahsia, masing-masing tunjukkan perangai sebenar. Ada yang menyenangkan, ada yang mengagumkan  tapi ada juga yang menjengkelkan (tak tahu perkataan yang lebih sopan nak taip). Masa pegi kursus kahwin lepas, ada dalam satu slot ceramah tu ustaz suruh sume orang tuliskan kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing dalam satu kertas. So aku dengan gigihnya tulis la baik dan buruk abang (panggilan pada encik tunang) dan habis-habis tulis tu aku simpan rapi dalam note pad. Harap-harap abang tak jumpa la.... Malu aihh kalau abang baca! Masa tulis baiknya abang.. Haha tulis sambil tersenyum sipu gitu. Bila tulis buruknya abang.. Haih geram nou! 

Then, habis kursus. Abang hantar balik rumah. Dah sampai kat rumah, abang terus capai fail aku kat seat belakang kereta. Dia nak cari kertas yang aku tulis baik dan buruk dia tu. Hah! Kalut la aku nak tepis supaya abang tak jumpa kertas tu. Maluuuuu tak nak abang tengok! Lastly fuhhh abang tak dapat jumpa sebab aku sempat sorokkan. Tapiiiiii mood abang tetiba berubah. Dia merajuk! Aku jadi tak sedap. Malam tu juga pujuk abang dan nak tak nak aku ambik gambar kertas tu dan tunjuk kat abang. Bila pikir balik no point pun nak rahsiakan benda tu dari abang. Dia juga berhak tahu.

Eh pasai apa kau cite pasal ni lak? Patutnya kau cite pasal dugaan bertunang la. Hihihi sorry2. Tapi cuma nak bagitau tempoh bertunang merupakan suatu tempoh yang manis. Anda sume patut merasainya. Hah macam iklan pulak! Selain menuntut kesetiaan, tempoh bertunang menuntut kepercayaan, keyakinan, kejujuran.. Dan yang lebih penting dapat mencambah rasa kasih dan sayang terhadap pasangan.. Tapi kena pada landasan yang betul la. Jaga batas! Sweetnyaaa.. Taip sambil tersenyum kambing ni :)

Dugaan bertunang... Next post okay.

Salam sayang.

Tuesday, 1 October 2013

how many days you have left until your BIG day?

Salam Sejahtera!

Kembali bersua. Minggu keempat kuliah. Terasa semakin terbeban kepala ni dengan begitu banyak assignment menanti untuk disiapkan. KPD lagi, law lagi, audit lagi, kuri lagi.... Mana satu yang nak buat dulu pun tak tahu. Haih..
Mood minggu ni : SERABUT!

Dalam pada serabut tu, masih tak lupa kat one thing ni. Meh tengok gambaq kat bawah. Agak-agak boleh teka tak apa mende?


Before this 40, today.. 30. Means, 30 days to go for wedding day. Tak lupa weh. Lagi satu mudah ingat. Hari ni 1 Oktober, nak nikah 1 November... Boleh toinnnnk kat mind set kan, berapa hari lagi tinggal. Adik-adik kita pun boleh jawab tanpa kira dulu! Adakah anda sudah bersedia? Hmm makin dekat hari ni makin aku rasa kesediaan tu berada pada tahap yang tinggi. Yes, gementar tu sentiasa ada tetapi untuk menggalas suatu tanggungjawab yang baru... Aku dah bersedia!

Wah yakin gila aku. Apa yang membuatkan anda begitu pasti dengan jawapan anda? Ntah la.. Mungkin naluri semulajadi seorang wanita. Gulp! Bagi aku, awal-awal perkenalan dulu setiap pasangan misti dah pasang impian untuk memanjangkan hubungan sehingga ke jinjang perkahwinan. Dan dari situ akan lahir dorongan untuk menjadi suami / isteri yang terbaik setelah berkahwin kelak. Bila dah dirisik, bertunang seterusnya melakukan keja-keja kahwin, aku rasa akan terbit suatu tanggungjawab untuk membahagiakan pasangan. Bagaimana nak membahagiakan pasangan? Dengan meletakkan kesediaan sepenuhnya terhadap suatu komitmen DAN YES! aku bersedia dengan komitmen sebagai bakal isteri (kini) dan bersedia untuk melaksanakan komitmen sebagai isteri dan ibu (soooooonn). Kesediaan tu akan lahir sendiri dalam diri, depends pada kita samada kita perasan @ tak. Memang lah kadang kala setiap orang yang nak kahwin tu awalnya kata tak bersedia... Sebenarnya bukan tidak bersedia, tapi dia masih belum 'gali' lagi kesediaan tu dalam diri dia. Cara aku.. Banyakkan berdoa dan baca alquran. InshaAllah.

Esok aku sambung lagi. Bye. 

Sunday, 29 September 2013

Kad Kahwin & Bookmark Siap!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dah penghujung September rupanya. Alhamdulillah beberapa hari lagi akan melangkah ke bulan yang baru. Dan pastinya hari tersebut semakin hampir.

Sebelum tu, tahniah setinggi-tinggi tahniah buat BFFku, Ct Safinas yang kini telah bergelar isteri dengan sekali lafaz pada 27 September (Jumaat) yang lepas. Agak terkilan juga tak dapat berada bersama-sama pada hari bersejarah tu disebabkan tanggungjawab menghadiri kuliah. Tapi, doaku sentiasa mengiringimu sahabat agar kalian sentiasa diberkati dan kebahagiaan sentiasa berpihak pada kau dan suami. Oh ye, Ct ni dia nikah je dulu, majlisnya InshaAllah akan diadakan pada awal November depan. Yang agak bestnya majlis Ct selang sehari daripada majlis sanding aku. Jadi kawan-kawan sekolah, jangan lupaaaa "save the dates!".

Glemer weh. Tahniah!

Baiklah nak cite sikit. Semalam dah amik kad kahwin dengan bunting. Yahoooo! Alhamdulillah siap sepertimana tarikh yang telah dijanjikan oleh orang kedai. Agak gembira, but why? Yelah awal-awal nak tempah kad kahwin dulu aku kena uruskan sendiri tanpa encik tunang. Dari keja-keja survey kad kahwin sekitar Kajang, memilih layout dan tentukan design.. Aku lakukan sendiri. Maklumlah encik tunang sibuk dengan keja tapi Alhamdulillah dia masih boleh memberi komitmen yang baik. Dalam proses orang kedai mereka bentuk kad kahwin sepertimana yang kami nak, encik tunang sedikit sebanyak memberi idea tapi final decision... Semua di tangan aku kihkihkihhhh. Yang kelakaunya encik tunang pun terpaksa turutkan perangai aku yang satu ni. CEREWET! Hah memang tak dapat dibendung lagi. Hampir 5-6 kali orang kedai terpaksa buat pembetulan semula sebab nak puaskan hati aku. Sorry ya! Bila dah tengok setepek kad yang dah siap dicetak ni, Alhamdulillah legaaa walaupun agak kureng sikit macam apa yang aku imagine dalam kepala hotak ni. Overall, i puas hati & happy. Eh jap-jap, pegi amik kad kahwin yang dah siap ni pun tanpa encik tunang. Sadis kan.. Ni betul-betul nak latih aku jadi independent wifey ni.

Taraaaaaa, ni lah design kad kahwin kami. Boleh tengok lah bila langsungnya ye.

Jemputan Pengantin Perempuan

Jemputan Pengantin Lelaki

Sepanjang sebulan encik tunang tiada di darat, aku terpaksa berurusan sendiri dengan Pok Ar untuk buat bookmark pula. Bookmark pun bagi? Ye, untuk kawan-kawan sekuliah. Pok Ar tu? Bakal adik ipar hihihi. Mengenangkan abang yang terlalu sibuk dengan urusan keja dia, nak tak nak kena cari ikhtiar macam mana nak contact ngan Pok Ar. Sebab abang janji abang akan uruskan bookmark tapi nak tunggu abang naik darat memang tak sempat la nak siapkan bookmark tu kot. So, dapat contact ngan Pok Ar melalui Kak Long (wife Pok Ar). Yeay! mudah kijo. Pok Ar pun baik. Dia turut je apa yang aku nak pada bookmark tu dan dia pun berjaya design bookmark tu dengan begitu comeyyyy sekali hikhikhikk. Tapi macam biasa la, 5-6 kali perbetulkan baru berjaya menambat hati aku. Thanks Pok Ar melayan kerenah yang satu ni. InshaAllah dalam beberapa hari lagi aku akan terima bookmark tu dari Pok Ar. Ni nak tunjuk sikit deh...

Bookmark by Tengku Adli

So, minggu ni berlalu dengan perasaan yang happy. Alhamdulillah setakat ni apa yang dirancang berjalan lancar. Ada juga sedikit bangga sebab boleh selesaikan sedikit sebanyak keja-keja kahwin tanpa terlalu bergantung pada abang dan yang paling seronok boleh buat keputusan sendiri!. Thanks tunang tersayangku yang memberikan Eni peluang untuk berdiri di atas kaki sendiri. Means.. U trust me and I trust u. Haha melalut dahhh.

I miss you. Next week kita jumpa deh.

Salam sayang.  

Friday, 20 September 2013

Only 40 Days To Go!

Selamat Sejahtera.. 

Semoga anda yang baca post kali ni berada dalam keadaan aman, damai, bahagia, tenteram dan di redhai Allah SWT hendakNya. Anda sihat tak?

Makin hari makin hampir pada tarikh keramat tu. Meh nak highlight sikit supaya lebih alert dan dalam masa yang sama... PERSIAPKAN DIRI!


Taraaaaaa.. 40 hari lagi sebelum "aku terima nikahnya Nor......." di lafazkan oleh bakal suamiku a.k.a encik tunang a.k.a Tg Zamzure. Hmmm tahu tak apa perasaan ketika ni? Gementar, risau, takut tetapiiiii amat bahagia! Gedik aihh.. Aku rasa semua bakal pengantin perempuan pernah/sedang/akan merasai perasaan ni. Tapi persoalan di sini macam mana bakal pengantin mengendalikannya sehingga tiba saat kemuncaknya dia boleh nampak rilek saat lafaz itu diucapkan si pasangan? Dan yang lebih penting bagaimana nak menempuh hari-hari kemudiaannya dengan perasaan yang sama masih bersarang di hati? Mungkin rentetan masa dan kesediaan pada tanggungjawab boleh menjawab persoalan-persoalan tu.

Kata orang-orang tua dulu kala bila dah sampai waktu 40 hari menjelang perkahwinan, bakal pengantin tidak dibenarkan bertemu atau keluar bersama. Tujuannya bagi mengelakkan tohmahan masyarakat di samping untuk mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Dalam masa yang sama perasaan yang timbul tu akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri-seri. Wowww!

Ada benarnya kata orang-orang tua dulu kala. Tapi sukar la nak praktikkan. 40 hari terakhir bagi aku merupakan hari paling sibuk dan menuntut pasangan untuk kerap keluar bersama bagi menyetelkan Final Wedding Preparations! Apa yang kau belum settle? Macam-macam... Fitting baju kahwin, amik kad kahwin kat kedai, beli cincin & gelang emas, beli & tukar barang-barang hantaran, borang nikah dan banyak lagi (tak ingat). Preps tu menuntut penglibatan kedua-dua bakal pengantin.

Sesukar mana pun kata orang-orang tua tak baik tak turut langsung kan. Semua persiapan tu akan cuba kami laksanakan segera supaya tak timbul perkataan "last minutes" nanti. So bermula sekarang kena aturkan semua persiapan tu dan laksanakan on-time. Boleh sahut cabaran tak agak-agak jangan keluar bersama 30 hari sebelum diijabkabul? Mudah-mudah boleh hihihii. Peace!

Friday, 13 September 2013

Mengimbas Kenangan Manis

Salam Sejahtera,

Pejam celik, pejam celik dah hampir 5 bulan bergelar tunangan pada Tengku Zamzure. Bulan ke 7 kelak kami bakal disatukan. Cepatnya masa berlalu...

Post kali ni rasa macam nak kongsi serba sikit gambar-gambar masa tunang hari tu. Kami mengikat tali pertunangan pada 23.03.2013 dan Alhamdulillahhh majlis berjalan lancar dengan kata sepakat telah berjaya dicapai. Yeayyyyy...

Gambar-gambar ni daripada pelbagai sumber. Enjoy viewingggg..

Alhamdulillahh pihak lelaki datang tepat pada masa. Pak Long mewakili tuan rumah

Hantaran pihak perempuan kepada pihak lelaki

Sebahagian hantaran. Kek besau tu dapat pandang je...

Oh yeahhh first time muka kena mekap. Tebal je rasa

Olah ajar suruh duk sopan santun jap lagi. Fuhh nebesss

Apa yang kau peratikannn?

Aku dah tak larat senyum

My bff yang bakal mengikut jejak langkah.. Tapi tak tahu bila lagi

Somelnyaa diapit oleh gadis-gadisss. Love u all

BFF

Olah.. Akan ku doakan mu cepat bertemu mr right

Okay.. Get ready!

Salam dulu.. First time jumpa bakal mak mertua

Sarung cincin risik dulu di jari manis belah kanan

Ohh sempat jeling lagi cincin tunang tu. Sabar Eni sat!

Lastly tersarung juga cincin tunang di jari maniskuuu

Selonok plus nebes hihi

This is my future mom :)

I eksaited okay. I dah jadi tunang orang! Alhamdulillah

Sepupu sebayaku. Si biru dah disunting, si purple available lagi

ALHAMDULILLAH TQ ALLAH

Last but not least, sekeping gambar bersama encik tunang. 
I love you :)

Doakan jodoh kami berpanjangan.

Salam sayang.

Thursday, 12 September 2013

Melangkah ke Semester 5!!

Welcome back!

Kembali bergelar seorang pelajar setelah menamatkan cuti semester hampir 3 bulan. Apa perasaan? Pada awalnya rasa sangat malas nak balik ke Tanjong Malim. Bila dah berada di sini (sampai agak lewat berbanding rakan lain), aku terpaksa ikutkan peranan utama seorang student, tak lain tak bukan.. Datang kuliah lah! Rasa malas yang hinggap kat diri ni ku buang jauh-jauh demi tanggungjawab yang tergalas di bahu.

Hampir 3 bulan aku menghabiskan masa di rumah bersama keluarga yang sangat-sangat aku sayang. Mak, ayah, abang, kakak, adik serta anak-anak buahku sangat melengkapkan kehidupan bahagiaku. Dan tak lama lagi orang baru akan masuk dalam keluarga kita! Makin besar lah keluarga kami. Aku sentiasa berdoa agar kebahagiaan dalam keluarga ini akan ku rasai sepanjang hayatku. Ameeeeen.


Masa Hari Raya Aidilfitri 2013

Mak dan ayah, terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang telah mak dan ayah curahkan sepanjang membesarkan Eni. Lepas ni Eni akan bergelar seorang isteri. Namun Eni berjanji mak dan ayah sentiasa di dalam doa Eni, demi kesejahteraan hidup mak dan ayah di dunia mahupun di akhirat kelak. InshaAllah... Terima kasih kerana kita dapat meluangkan masa hampir 3 bulan yang sangat berharga bersama-sama. Mungkin pada hari-hari kemudian kita kurang kecapi lagi saat-saat berharga tu sebab Eni perlu mengutamakan suami. Macam manapun, Eni akan sentiasa berdoa supaya kebahagiaan tu akan sentiasa kita gapai walaupun nanti Eni jarang-jarang je balik rumah mak ayah. Tapi, Eni akan usahakan okay! 

I l LOVE YOU BOTH SOOOO MUCH!

Thursday, 13 June 2013

Cerewet? Diktator? Hahh!

Salam Sejahtera..

Al kisahnya kali ni.. 2 tahun lepas, saya dan encik tunang pernah kerja di tempat yang sama iaitu kat Agensi Nuklear Malaysia, Bangi. Encik tunang sampai sekarang pun dia masih di situ, saya je dah said goodbye kat Nuklear sebab nak masuk UPSI. Disebabkan saya keje tak lama (8 bulan je) jadi saya tak berapa kenal dengan encik tunang ni. Lagi2 masa tu saya N17 je dia tak pandang ponnn (i guess).

Tup-tup masa borak dengan ex-officemate saya baru2 ni, dia tanya saya dah betul-betul bersedia ke nak jadi isteri Ku Zam (encik tunang la).. Why sis? Dia cuma nak pastikan yang saya dah mengenali dengan baik karakter bakal suami. Sebabbb... The most important thing dalam rumah tangga ialah memahami pasangan. Ku Zam terkenal dengan sikap cerewet dan diktator di office. Hahh? Yeke? Kesian encik tunang sampai dilabel sebegitu rupa huhuhu..

Mungkin Ku Zam dikatakan cerewet sebab dia terlalu memilih pada pengakhiran hasil dan mutu kerja yang berkualiti. Dia mungkin juga dianggap diktator sebab mengarahkan tugas pada staf tanpa menerima pandangan luar dengan hati terbuka. MUNGKIN KOT (saya tak pernah keje bawah dia). Tapi.. Tapi... Betul ke Ku Zam seperti yang dilabelkan tu?


Tunang Ku Zam tak anggap Ku Zam seorang yang cerewet tapi Ku Zam sangat teliti. Tindakan dia sangat fokus serta bersistematik dan dalam masa yang sama dia mengharapkan kepuasan. Diktator? Tak kot.. Saya faham Ku Zam akan membahaskan apa saja untuk pastikan pendapat dia diterima dan membuat orang lain terdiam. Bagi saya, biarkan Ku Zam menang sebab itu akan buat dia jadi lega. Lepas beberapa waktu cuba berbincang balik.. InshaAllah dia boleh bagi toleransi yang baik. Kalau dia keras hati juga.. Terima je lah!

Saya mungkin belum kenal encik tunang dengan lebih baik lagi. Sebab orang kata bila dah kahwin baru kita akan tahu "true colour" pasangan kita. Saya tak kisah.. Tempoh perkenalan yang singkat ni cukup bagi saya untuk memahami bakal pasangan. Saya juga yakin semua manusia tidak dilahirkan sempurna, ada lebih dan kurangnya. So, get yourself ready to face it! InshaAllah kita akan bahagia.


Salam sayang.

Wednesday, 12 June 2013

Date tak decide2 lagi! Poninggg...

Hai...

Happynya.. Apsal? Orang jauh nak pulang yeayyyy... Sape? Encik tunang.

Lama betul encik tunang menyetelkan urusan kerjanya di oil rig kali ni. Berjambang duk tunggu kapan incik mau pulang.. Almost a month. At last, encik tunang nak balik KL dis weekend. Alhamdulillah.. Lama tau duk ternanti-nanti ni. Kenapa? Jom saya nak cite.

Sebelum encik tunang nak berlepas ke Sarawak, dia telah tinggalkan saya bersama-sama penantian sebuah jawapan. Huhuhu.. Jawapan tarikh perkahwinan kami. Tak settle2 lagi sampai ke sudah. Tarikh masih belum ditetapkan sedangkan mak ayah kat rumah tu duk tertunggu-tunggu the exact date supaya diorang boleh mulakan gerak kerja & persiapan kahwin saya. Kalau ikutkan tempoh bertunang cuma 6 bulan. Sekarang ni dah masuk bulan ketiga bertunang. Ada masa beberapa bulan lagi before wedding day!! OMG apa2 pun belum jalan. Guane.. Tarikh pun belum pilih hmmm..

Ohhhhh aiiii, susahnya nak pilih tarikh ye. Bila mak ayah saya cadangkan tarikh ni, encik tunang kurang bersetuju dan begitulah sebaliknya. Saya tak pasti kenapa isu ni jadi terlalu rumit. Bila saya jadi orang tengah antara mak ayah dan encik tunang... Peningnyaa saya nak sokong pihak yang mana???

Saya harap kepulangan encik tunang boleh menyelesaikan perkara ini SEGERA serta permuafakatan mampu dicapai. InshaAllah.. Semoga segalanya dipermudahkan. Ameeen.

Tarikh yg mana paling sesuai??

Saturday, 8 June 2013

Pok Yie

Hoola...

Pada post yang lepas saya ada mention perkataan ni, "bakal suami saya..". Ingat lagi tak? Yaaa.. Sememangnya saya sedang bahagia dan sedang menghitung hari untuk melangkah ke dunia baru. Dan saya pasti langkah ini disertai dengan peranan yang berat di sisi. Adakah anda juga sudah bersedia?

Sepanjang tempoh bertunang, saya mengakui merasa lebih bahagia berbanding sebelumnya :) Saya perasan sejak tersarungnya cincin di jari, keyakinan diri terhadap encik tunang semakin meningkat dan saya percaya dia adalah yang terbaik. Dalam kebanyakan perkara, saya terpaksa mengikut rentak encik tunang memandangkan dia jauh lebih berusia (matang dalam erti kata lain) berbanding saya. Saya akhirnya menerima keterpaksaan ini sebagai suatu kebiasaan setelah mengenali hati budinya secara mendalam. 


Encik tunang tak macam kebanyakan lelaki di luar sana yang agak menyekat pergerakan tunangannya (walaupun belum jadi suami, kononnya dia berkuasa sepenuhnya). Encik tunang memberi kebebasan kepada setiap tindakan saya. Kadang2 saya buat something tu saya tak pernah pun bagitahu dia. Sebabnya encik tunang meletakkan kepercayaannya pada saya dan dia juga turut memberi peluang untuk saya menikmati hidup bujang sebelum saya menjadi miliknya kelak. Encik tunang jarang call, jarang mesej.. Pada awalnya saya marah juga, tapi at last saya berfikiran positif dan menerima. Saya assume yang encik tunang banyak komitmen di luar sana, jadi saya tak kisah walaupun kurang berkomunikasi tapi saya tahu di mindanya masih ada ingatan terhadap saya. Hahaa so sweet.. Kadang2, apabila bantuan encik tunang sangat diperlukan baru saya akan merujuk pada dia. Sebabnya dalam kebanyakan hal saya lebih selesa untuk tidak menyusahkan encik tunang. Saya kan pandai bawa diri. Saya pandai BERDIKARI la!

Walaupun encik tunang sudah berusia 30++, tapi yang bestnya encik tunang boleh switch mindanya kepada usia 20++ dalam kebanyakan rutinnya bersama saya. Saya tak pernah bosan habiskan masa dengan encik tunang (memanglah.. Buah hati hihihi). Masalah sikit encik tunang ni bila dia dah switch usia 20++, dia terus lupa kematangannya yang sebenar (opsss sorry) hihihi.. 

Hmmm banyak lagi nak taip kalau ikutkan. Tapi cukup setakat ni je lah dulu. Nanti saya sambung lagi. Post ni sekadar ingin berkongsi serba ringkas mengenai alam pertunangan saya. Anda pula bagaimana? Eh lupa lak, siapa encik tunang? Camana ghopenye?  

Friday, 7 June 2013

Redha Allah Terletak Pada Redha Ibu Bapa

Bersua lagi...

Kali ni saya nak berkongsi cerita teladan yang sedikit sebanyak memberikan pengajaran pada diri sendiri dan anda juga. Maaflah post kali ni agak panjang. Bukan untuk mengaibkan atau nak kata "padan muka kau......", tapi kisah yang bakal saya ceritakan ni membuatkan saya lebih menundukkan hormat kepada kedua orang tua walaupun suatu hari nanti setiap anak gadis akan menjadi milik sepenuhnya sang suami. Di akhir kisah ini saya jadi amat bersimpati kepada si "mangsa". Tapi nak buat camana, nasi dah menjadi bubur...

Alkisahnya, seorang gadis baru saja selamat dinikahkan dengan pilihan hatinya (suami dia sekarang). Namun di sebalik pernikahan ini, terlalu banyak kisah sedih yang dirahsiakan. Kalian nak tahu apa? 

Jom baca doa untuk ibu bapa dulu...


Alhamdulillah.. Terima kasih kerana mendoakan ibu bapa kita hari ni. Baiklah, saya tak tahu nak bermula dari mana tapi ringkasnya hamba Allah ni, A (bukan nama sebenar) hanya seorang gadis biasa yang mempunyai naluri dan keinginan untuk berumah tangga. Usianya sudah melewati 20-an dan dia semakin risau dengan status bujangnya sedangkan kawan-kawannya yang lain sudahpun membina keluarga sendiri. Sepanjang masa dia akan mengeluh kepada ibunya dengan menzahirkan rasa bosan hidup keseorangan serta menunjukkan keinginan yang membuak-buak untuk berkahwin. Tambahan pula dia mempunyai seorang kenalan lelaki, B dan merancang untuk hidup bersama. Namun, perkenalan ini tidak dipersetujui oleh ibunya. 

Buat pengetahuan kalian, sebelum A berhubungan dengan B dia telah mempunyai ramai kenalan lelaki namun semua hubungan tersebut tidak kekal lama. Saya boleh mengandaikan A seorang gadis yang terlalu mudah memakan pujuk rayu lelaki, lebih-lebih lagi didorong dengan keinginannya untuk segera berumah tangga. A terlalu "kacang" diperalatkan dengan janji manis lelaki yang mengajaknya untuk berkahwin, sedangkan lelaki-lelaki tersebut mempunyai agenda lain terhadap A. Saya hanya mendapat tahu A dipergunakan untuk dikikis wangnya, selebihnya diluar pengetahuan saya. Jadi disini saya mendapati ibu A masih tidak membenarkan A untuk berkahwin atas alasan sifat A yang terburu-buru dan belum matang dalam apa-apa tindakannya. Selain itu juga, B di mata ibu A adalah sama seperti kenalan lelaki A yang terdahulu. Sudahlah tidak mempunyai pendapatan tetap, kurang hormat pada orang tua pula.



Di ringkaskan cerita, pada suatu hari A tiba-tiba mengemas kain bajunya. Katanya untuk mencari kerja di bandar. B akan datang menjemput pada malam hari. Itu saja alasannya. Sedangkan ibu A tidak merelakan A keluar dari rumah kerana ibu A berpendapat terlalu banyak pekerjaan di sekitar pekan berhampiran dan tidak perlu duduk menyewa di luar. Tambahan lagi pekerjaan masih belum dijanjikan kepadanya. Setiap pertanyaan yang diajukan oleh ibu dan bapa A dibalas hampa. A nekad untuk meninggalkan rumah.

Hampir seminggu setelah A meninggalkan rumah namun tiada khabar berita kedengaran daripadanya. Panggilan tidak diterima malah apabila dihubungi tidak pernah dijawab. Ibu  bapa A berasa semakin risau sehinggakan bapa A ingin mengambil inisiatif untuk mencari A di bandar. Tengok.. Betapa kasihnya ibu dan bapa terhadap A. Namun, ibu A menghalang niat bapa A kerana beliau yakin A boleh membawa diri (sekadar sedapkan hati yang kebimbangan).



Setelah beberapa minggu (saya tak pasti), datang seorang wanita tua bersama lelaki muda ke rumah ibu bapa A. Mereka memperkenalkan diri sebagai ibu dan adik kepada B. Ibu bapa A terkejut bukan kepalang apabila mereka diberitahu bahawa A dan B telah menikah secara senyap di Selatan Thailand. Rupanya sepanjang beberapa hari A mendiamkan diri tanpa khabar berita, A telah ke sana untuk urusan pernikahan senyapnya. Hancur luluh hati ibu yang mengandung dan melahirkan A. Bapa A kelihatan begitu kecewa. Tidak menyangka anak yang disayangi sanggup mengambil keputusan drastik dengan membelakangkan kedua orang tuanya disebabkan keinginan yang begitu tinggi untuk BERKAHWIN! Saya nak tekankan di sini bahawa A memang ANAK DERHAKA!

Apakah dosa bapa A sehingga dia tidak layak untuk menjadi wali bagi perkahwinan anak perempuannya? Mengapa kerana seorang lelaki yang baru dikenali beberapa bulan A sudah tegar menderhakai ibu bapanya sekaligus menyebabkan mereka mengalir air mata kekecewaan? 

Ibu bapa A menjadi hilang arah dan tidak tahu punca untuk melakukan tindakan selanjutnya. Yang penting maruah diri dan keluarga harus dipelihara. Alhamdulillah... Berkat sokongan keluarga, ibu bapa A menjumpai petunjuk, iaitu KAHWINKAN SEMULA A dengan tangggungjawab wali digalas oleh orang yang selayaknya.

A dan B akhirnya dinikahkan dengan sebenar-benarnya pernikahan sementara rahsia keluarga terkunci rapi. Pernikahan tersebut berwalikan bapa A, bersaksikan imam dan seluruh keluarga. Ibu bapa A mengucapkan syukur kerana bebanan ini sudah mulai ringan. Bukan bebanan kerana membesarkan A tetapi bebanan kerana masalah yang dicipta A! 



Benarlah kata pepatah "ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari". Kebahagiaan yang diimpikan oleh A dalam perkahwinan yang diidam-idamkannya tidak bertahan lama. Malahan sejurus beberapa hari menikmati kehidupan sebagai suami isteri, B dipecat daripada kerjanya kerana mengambil "cuti berkahwin" yang agak lama. Selepas berkahwin pasangan ini tinggal dan menetap bersama ibu B. Rupanya kehadiran A dalam rumah tersebut tidak digemari oleh ibu B. Ibu B sering memerli dan memperlekehkan A serta menganggap A sebagai bebanan kerana segala keperluan dalam rumah tersebut di tanggung ibu B memandangkan B seorang penganggur. Selain dianggap menumpang di rumah ibu mertua sendiri, segala duit simpanan A habis dibelanjakan oleh suaminya, B. Kerana sayang A turutkan sahaja kemahuan suami termasuk menggadaikan cincin perkahwinannya.

A masih belum menerima nafkah zahir walaupun setelah beberapa bulan berkahwin. Setiap keperitannya sebagai isteri dan menantu dirujuk pada ibunya. Ibu A tidak mampu melakukan apa-apa memandangkan ini merupakan pilihan A sendiri. A memilih untuk mengikut jalan pintasan yang mudah untuk berkahwin sementara redha dan restu ibu bapanya dipinggirkan. Sedangkan sebagai seorang anak, redha Allah adalah terletak pada redha ibu bapa. Bagaimana mungkin kebahagiaan di dunia malahan di akhirat kelak (inshaAllah) mampu menjadi milik seorang anak sekiranya hidup membelakangi insan paling mulia, yakni ibu bapa kita? Renung-renungkan..



Panjang sungguh cerita saya. Tapi tak habis lagi ni hihi.. Setiap anak tak mungkin mampu mengecap kebahagiaan yang sempurna tanpa berkat dan doa ibu bapa masing-masing. Ibu dan bapa kita mungkin sesetengahnya berfikiran tidak meluas, namun mereka lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri setiap anak. Jangan terlalu mengikut kehendak hati tanpa memikirkan akibat daripada tindakan yang kita lakukan. Gunakan minda yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT bagi menginterpretasikan kesan baik mahupun buruk dalam setiap langkah menuju matlamat. Ingat! Ibu bapa akan sentiasa berada disisi selagi mereka masih punya hayat di dunia ini.


Eni sayang Mak dan Ayah!

Monday, 3 June 2013

Apakah Perasaan Ini?

Hai, kita bertemu lagi..

Apakah perasaan ini? Pelik je entry kali ni. Oh ye sebelum tu saya nak cerita la sikit. Siang tadi, saya baru je selesai jawab first paper untuk final exam - taxation. Overall, soalan agak mencabar dan membuat kepala jadi pening. Dalam pening2 tu, saya gagahkan jugak minda ni untuk mengeluarkan segala input daripada pembacaan dan ulangkaji yang saya buat sebelum ni. Kesannya, saya mampu untuk menjawab setiap soalan walaupun saya pasti jawapan saya bukanlah 100% betul@tepat. Benarlah kata orang apabila usaha@input lebih, maka hasil@output pun lebih. Cuma pepatah ni kadang-kadang sangat sukar untuk direalisasikan oleh sesetengah individu, tidak terkecuali saya hihi...

Tinggal 4 final paper lagi sebelum mengakhiri semester ni dan menikmati cuti semester yang indah & for sure amat bermakna (hopefully). Saya dah pun mengaturkan serba sikit rancangan sepanjang cuti semester. Dan rancangan tersebut sesuatu yang pasti mengujakan! Nak tau tak??? Tunggu nanti ye.. Tak sabar nak cuti...! hihihihihhh

Back to the future... Ehh back to entry, apa perasaan saya ketika ni?


Nampak gambar kat atas tu? Apa yang anda boleh tafsirkan perasaan anda melalui gambar ni? Lautan, langit, awan & matahari terbenam... Gabungan yang cukup indah bagi memuji kebesaran Yang Maha Kuasa. Subhanallah.. Pandangannya begitu sempurna dan memberikan rasa tenang & damai di hati. 

Namun, gambar ni juga membuatkan hati saya agak terusik (terusik? hmm syahdu kot). Saya pasti mesti antara kalian masih belum tahu bahawa ada seseorang yang saya sayangi sedang mengerahkan tenaga dan keringatnya semata-mata untuk mencari rezeki di tengah-tengah lautan yang luas kat muka bumi Allah SWT ni. Bayangkan saja bagaimana menanggung rindu pada seseorang yang tidak dapat dihubungi dalam tempoh yang agak lama kerana kekangan jaringan komunikasi. Gambar di atas sedikit sebanyak memberikan dorongan dalam diri. Ia kelihatan sunyi & kelam.. Namun saya yakin ia membahagiakan di kemudian hari setelah terbit semula matahari bagi menerangi sekalian alam. So, saya percaya perasaan ketika ini pasti akan dibalas dengan nikmat yang tidak diduga. Who knows? Allah Maha Adil. Oh ye, siapa yang saya maksudkan? Dia, bakal suami saya..

Tuesday, 28 May 2013

Study Week


Study Week? Study lagi ke? Yuppppp, saya budak U walaupun dah agak berusia berbanding coursemate saya yg lain hihi... Ok lah, sekarang saya berada di semester keempat mengikuti program ISMP Pengurusan Perniagaan di UPSI, Perak. Penah dengar tak? atau anda study kat sini? atau kenalan anda study@keje kat sini? 

Ok back to the main entry... study week atau lebih mudah kita faham sebagai 'minggu ulangkaji' sebelum menghadapi final exam. Kebanyakan student akan ambil peluang pada minggu ni untuk pulang ke kg halaman masing-masing. Tak kira kampung depa dekat @ jauh, peluang ni tak kan dilepaskan, kononnya untuk ambil restu @ berkat daripada mak ayah sebelum jawab exam hihi. Ataupun kebanyakan mereka lebih selesa ulangkaji di rumah masing-masing. 

Tapi... Saya lain. Saya tak buleh study @ ulangkaji kat rumah mak ayah tapi lebih prefer berada di rumah sewa sepanjang study week. Kenapa lak? Kerana saya memerlukan kedamaian dan tempat yang tenang! Sebelum melangkahnya study week, saya dah pun menyiapkan jadual ulangkaji dengan menetapkan subjek2 tertentu pada hari2 tertentu. Ikut @ tak ikut jadual tu saya letak belakang, pokoknya saya dah tetapkan matlamat untuk ulangkaji pelajaran pada waktu-waktu yang kritis tu hihihiii. Oh ye, rumah mak ayah tak damai & tak tenang ke? Rumah mak ayah ramai budak-budak. Sape? Anak-anak buah + budak-budak jagaan mak. Berapa orang sume? 7 hihi... 

7 orang kanak-kanak ribena tidaklah berkumpul di rumah dalam satu masa, tapi rumah mak ayah sentiasa ada budak-budak & saya tak boleh mengelak daripada di kacau oleh depa2 ni. Sebenarnya saya boleh je cakap, 'jangan kacau kak eni @ uda (kak eni adalah panggilan untuk budak2 jagaan mak, uda pula panggilan digunakan untuk anak2 buah), kak eni @ uda nak baca buku!'.. masuk bilik, kunci pintu & study, tambahan lagi saya ni agak garang dgn budak-budak hihi... tapiiiii hati kecil wanita yg lembut ni tak terdaya untuk lakukannya hikhik.. Walaupun agak garang tapi saya suka berada dalam kalangan budak2 ni dan layan mereka sampai saya yang jadi mengantuk dulu. Layan budak2 ni memang menjadikan saya bahagia tapi hilang terus matlamat saya untuk study. Jadinyaaa, sepanjang study week saya berkorban untuk tidak pulang ke kampung, menyudahkan usaha & matlamat untuk final exam. Habih final exam... kita enjoyyyyy!

Final exam saya bermula 3 Jun 2013 sehingga 15 Jun 2013. Alhamdulillah, saya masih dalam matlamat untuk berusaha mengulangkaji pelajaran pada minggu ulangkaji. Untuk kawan-kawan, saya mendoakan kejayaan kita semua pada final exam dan mampu memperoleh keputusan yang cemerlang. InshaaAllah.

I am Blogger!

Testing.. testing.. testing...

Assalamualaikum wbt, selamat sejahtera & salam 1 Malaysia,

Selamat datang ke dunia blog! Haiiii, saya seperti blogger yang lain, terdetik untuk menyertai blog ni atas dasar minat untuk menulis dan berkongsi cerita suka & duka, bertindak sebagai saluran informasi untuk apa-apa maklumat berkaitan diri sendiri dan persekitaran. Saya akan memperkenalkan diri dengan lebih lanjut pada entry-entry seterusnya. Soooooo, to all reader please enjoying this blog. Ok!