Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dah penghujung September rupanya. Alhamdulillah beberapa hari lagi akan melangkah ke bulan yang baru. Dan pastinya hari tersebut semakin hampir.
Sebelum tu, tahniah setinggi-tinggi tahniah buat BFFku, Ct Safinas yang kini telah bergelar isteri dengan sekali lafaz pada 27 September (Jumaat) yang lepas. Agak terkilan juga tak dapat berada bersama-sama pada hari bersejarah tu disebabkan tanggungjawab menghadiri kuliah. Tapi, doaku sentiasa mengiringimu sahabat agar kalian sentiasa diberkati dan kebahagiaan sentiasa berpihak pada kau dan suami. Oh ye, Ct ni dia nikah je dulu, majlisnya InshaAllah akan diadakan pada awal November depan. Yang agak bestnya majlis Ct selang sehari daripada majlis sanding aku. Jadi kawan-kawan sekolah, jangan lupaaaa "save the dates!".
Glemer weh. Tahniah!
Baiklah nak cite sikit. Semalam dah amik kad kahwin dengan bunting. Yahoooo! Alhamdulillah siap sepertimana tarikh yang telah dijanjikan oleh orang kedai. Agak gembira, but why? Yelah awal-awal nak tempah kad kahwin dulu aku kena uruskan sendiri tanpa encik tunang. Dari keja-keja survey kad kahwin sekitar Kajang, memilih layout dan tentukan design.. Aku lakukan sendiri. Maklumlah encik tunang sibuk dengan keja tapi Alhamdulillah dia masih boleh memberi komitmen yang baik. Dalam proses orang kedai mereka bentuk kad kahwin sepertimana yang kami nak, encik tunang sedikit sebanyak memberi idea tapi final decision... Semua di tangan aku kihkihkihhhh. Yang kelakaunya encik tunang pun terpaksa turutkan perangai aku yang satu ni. CEREWET! Hah memang tak dapat dibendung lagi. Hampir 5-6 kali orang kedai terpaksa buat pembetulan semula sebab nak puaskan hati aku. Sorry ya! Bila dah tengok setepek kad yang dah siap dicetak ni, Alhamdulillah legaaa walaupun agak kureng sikit macam apa yang aku imagine dalam kepala hotak ni. Overall, i puas hati & happy. Eh jap-jap, pegi amik kad kahwin yang dah siap ni pun tanpa encik tunang. Sadis kan.. Ni betul-betul nak latih aku jadi independent wifey ni.
Taraaaaaa, ni lah design kad kahwin kami. Boleh tengok lah bila langsungnya ye.
![]() |
Jemputan Pengantin Perempuan |
![]() |
Jemputan Pengantin Lelaki |
Sepanjang sebulan encik tunang tiada di darat, aku terpaksa berurusan sendiri dengan Pok Ar untuk buat bookmark pula. Bookmark pun bagi? Ye, untuk kawan-kawan sekuliah. Pok Ar tu? Bakal adik ipar hihihi. Mengenangkan abang yang terlalu sibuk dengan urusan keja dia, nak tak nak kena cari ikhtiar macam mana nak contact ngan Pok Ar. Sebab abang janji abang akan uruskan bookmark tapi nak tunggu abang naik darat memang tak sempat la nak siapkan bookmark tu kot. So, dapat contact ngan Pok Ar melalui Kak Long (wife Pok Ar). Yeay! mudah kijo. Pok Ar pun baik. Dia turut je apa yang aku nak pada bookmark tu dan dia pun berjaya design bookmark tu dengan begitu comeyyyy sekali hikhikhikk. Tapi macam biasa la, 5-6 kali perbetulkan baru berjaya menambat hati aku. Thanks Pok Ar melayan kerenah yang satu ni. InshaAllah dalam beberapa hari lagi aku akan terima bookmark tu dari Pok Ar. Ni nak tunjuk sikit deh...
![]() |
Bookmark by Tengku Adli |
So, minggu ni berlalu dengan perasaan yang happy. Alhamdulillah setakat ni apa yang dirancang berjalan lancar. Ada juga sedikit bangga sebab boleh selesaikan sedikit sebanyak keja-keja kahwin tanpa terlalu bergantung pada abang dan yang paling seronok boleh buat keputusan sendiri!. Thanks tunang tersayangku yang memberikan Eni peluang untuk berdiri di atas kaki sendiri. Means.. U trust me and I trust u. Haha melalut dahhh.
I miss you. Next week kita jumpa deh.
Salam sayang.
No comments:
Post a Comment