Salam Sejahtera..
Al kisahnya kali ni.. 2 tahun lepas, saya dan encik tunang pernah kerja di tempat yang sama iaitu kat Agensi Nuklear Malaysia, Bangi. Encik tunang sampai sekarang pun dia masih di situ, saya je dah said goodbye kat Nuklear sebab nak masuk UPSI. Disebabkan saya keje tak lama (8 bulan je) jadi saya tak berapa kenal dengan encik tunang ni. Lagi2 masa tu saya N17 je dia tak pandang ponnn (i guess).
Tup-tup masa borak dengan ex-officemate saya baru2 ni, dia tanya saya dah betul-betul bersedia ke nak jadi isteri Ku Zam (encik tunang la).. Why sis? Dia cuma nak pastikan yang saya dah mengenali dengan baik karakter bakal suami. Sebabbb... The most important thing dalam rumah tangga ialah memahami pasangan. Ku Zam terkenal dengan sikap cerewet dan diktator di office. Hahh? Yeke? Kesian encik tunang sampai dilabel sebegitu rupa huhuhu..
Mungkin Ku Zam dikatakan cerewet sebab dia terlalu memilih pada pengakhiran hasil dan mutu kerja yang berkualiti. Dia mungkin juga dianggap diktator sebab mengarahkan tugas pada staf tanpa menerima pandangan luar dengan hati terbuka. MUNGKIN KOT (saya tak pernah keje bawah dia). Tapi.. Tapi... Betul ke Ku Zam seperti yang dilabelkan tu?
Tunang Ku Zam tak anggap Ku Zam seorang yang cerewet tapi Ku Zam sangat teliti. Tindakan dia sangat fokus serta bersistematik dan dalam masa yang sama dia mengharapkan kepuasan. Diktator? Tak kot.. Saya faham Ku Zam akan membahaskan apa saja untuk pastikan pendapat dia diterima dan membuat orang lain terdiam. Bagi saya, biarkan Ku Zam menang sebab itu akan buat dia jadi lega. Lepas beberapa waktu cuba berbincang balik.. InshaAllah dia boleh bagi toleransi yang baik. Kalau dia keras hati juga.. Terima je lah!
Saya mungkin belum kenal encik tunang dengan lebih baik lagi. Sebab orang kata bila dah kahwin baru kita akan tahu "true colour" pasangan kita. Saya tak kisah.. Tempoh perkenalan yang singkat ni cukup bagi saya untuk memahami bakal pasangan. Saya juga yakin semua manusia tidak dilahirkan sempurna, ada lebih dan kurangnya. So, get yourself ready to face it! InshaAllah kita akan bahagia.
Salam sayang.
No comments:
Post a Comment