Assalamualaikum dan selamat pagi,
Sekarang ni aku tengah busy buat tesis. Hmmm kawan2 aku sume dah hampir siap tesis diorang.. Aku pulak baru nak mula. Jealous tu ada la sikit... Tapi mengenangkan aku kena hantar sem depan sementara kawan2 aku akan hantar sem ni, so aku lelap mata je lah. Ketepikan rasa jeles, dan buat tesis aku dengan rasa sabar. Masih merangkak-rangkak aku dengan tesisku. InsyaAllah.. Akan siap tak lama lagi. Stress sikit jadinya sampai naik jerawat seketul kat dahi. Hahahahaha..
Ok dalam masa yang sama aku rasa bahagia sangat. Loan rumah abang dah lulus. Rumah family kecik kami :) Minggu lepas aku dengan abang dah g tengok show house.. Cantik dan comel walaupun kecik sikit. Ok aku dah start berangan tentang kehidupan kami kelak dalam rumah tu. Juga dah berangan konsep rumah idaman kami. Bahagianya rasa. Hilang kejap stres buat tesis.
Ok sekian sahaja.
Salam sayang.
No comments:
Post a Comment